Monday, May 14, 2007

AYAM TIKKA




750 g paha ayam (isi), dipotong 3 cm
¼ bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 camb parutan halia
2 camb jus limau susu
3 camb serbuk ketumbar
3 camt serbuk jintan putih
3 camt garam masala
½ cawan dadih asli
Garam secukupnya

Cara membuat
1. Rendam lidi selama 2 jam.
2. Kisar bawang, bawang putih, halia, jus limau susu dan semua rempah hingga halus.
3. Tambah dadih dan garam, kacau rata-rata.
4. Cucuk ayam dengan lidi. Letak dalam tin pembakar.
5. Sapukan bahan perap dan biar selama 4 jam atau semalaman (tutup, di dalam peti sejuk).
6. Panggang, gril atau goreng dengan sedikit minyak hingga masak.

Resepi ini sungguh menyihatkan kerana ia dibakar. Rasanya seakan-akan Tandoori. Garam masala boleh dibeli di dalam paket di mana-mana pasaraya. Untuk lebih sedap, perapkan semalaman di dalam bekas bertutup. Jika diperap di luar, hendaklah kurang dari 4 jam. Bahan perap boleh direnjis ke atas ayam tapi pastikan anda memasaknya 10 minit lagi (agar bakteria di dalam bahan perap tidak menyebabkan keracunan makanan). Sajikan dengan perahan jus limau nipis atau limau kasturi untuk lebih menerbitkan aroma.
(Penulisan oleh Celebrity Chef Norzailina Nordin)

No comments: