Monday, May 21, 2007

JUADAH ISTIMEWA MUSIM PERAYAAN



Buku yang mesti dimiliki oleh semua kerana mengandungi pelbagai masakan tradisional untuk hidangan pada musim perayaan. Juga mengandungi 60 resepi, antaranya Serunding, Lemang, Dodol, Kuih Bahulu, Rempeyek, Muruku dll. Juga sajian istimewa kaum Cina (seperti Penang Loh Bak & Foo Kwai Weng Wah) dan Krismas (Ayam Belanda Panggang & Christmas Pudding). Versi Bahasa Inggeris buku terbitan Pustaka Zaman ini bertajuk 'Festive Delights'. (Buku oleh Celebrity Chef Norzailina Nordin)

Sunday, May 20, 2007

BERJALAN SELEPAS MAKAN

Salah satu tindakan bijak untuk mengelakkan sakit jantung ialah berjalan selepas makan terutama makanan segera seperti burger dan french fries.

Ikutilah laporan mengenai kaedah mengurangkan kesan makan [ makanan berminyak ]. Adalah penting kita menjaga kesihatan daripada awal bagi mengelakkan serangan "silent killer".

Thursday, May 17, 2007

RESIPI PILIHAN KELUARGA


Buku terbitan Pustaka Zaman/Preston ini telah diulangcetak selama beberapa kali. Sebanyak 60 resepi ada di dalamnya, setiap satu lengkap dengan gambar. Antara resepinya adalah Nasi Tomato, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Mi Jawa, Mi Goreng Mamak, Rojak, Kuzi Ayam dan hidangan yang lazim untuk tetamu serta majlis 'open house'. Ia juga diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris dengan judul 'Delicious Family Recipes'. (Buku oleh Celebrity Chef Norzailina Nordin)

Tuesday, May 15, 2007

TATATERTIB DI MEJA MAKAN

Adakah tidak manis untuk kita minum ketika sedang mengunyah?

Bacalah [ Manners International ] untuk memastikan kita sentiasa bersopan ketika makan bersama teman.

Monday, May 14, 2007

Ikan Stim Tiga Rasa



1 ekor ikan siakap (600 g)
2 camb minyak
5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } dicincang halus
3 cm halia muda }
2 biji cili merah }
1 kuntum bunga kantan }
2 helai daun limau purut } dihiris halus
4-5 biji cili padi }
Garam secukupnya

Bahan sos
2 camb pes cili
1 camb sos tomato
2 camb sos plam
2 camb gula
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis
100 ml air

Cara membuat
1. Lumur ikan dengan garam dan kukus hingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis bahan cincang selama 1 minit.
3. Masukkan semua bahan sos, kacau rata.
4. Bila mendidih, masukkan bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
5. Masak hingga pekat kemudian tuangkan ke atas ikan.

Selain siakap, boleh juga gunakan ikan bawal putih atau hitam. Bagi anda yang sukakan ikan yang digoreng, salut ikan terlebih dulu dengan putih telur dan tepung jagung sebelum digoreng hingga garing. Pastikan ikan tenggelam di dalam minyak dan anda tidak perlu membalikkannya. Jika tidak ingin terlalu pedas, kurangkan cili padi.

(Penulisan oleh Celebrity Chef Norzailina Nordin)

AYAM TIKKA




750 g paha ayam (isi), dipotong 3 cm
¼ bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 camb parutan halia
2 camb jus limau susu
3 camb serbuk ketumbar
3 camt serbuk jintan putih
3 camt garam masala
½ cawan dadih asli
Garam secukupnya

Cara membuat
1. Rendam lidi selama 2 jam.
2. Kisar bawang, bawang putih, halia, jus limau susu dan semua rempah hingga halus.
3. Tambah dadih dan garam, kacau rata-rata.
4. Cucuk ayam dengan lidi. Letak dalam tin pembakar.
5. Sapukan bahan perap dan biar selama 4 jam atau semalaman (tutup, di dalam peti sejuk).
6. Panggang, gril atau goreng dengan sedikit minyak hingga masak.

Resepi ini sungguh menyihatkan kerana ia dibakar. Rasanya seakan-akan Tandoori. Garam masala boleh dibeli di dalam paket di mana-mana pasaraya. Untuk lebih sedap, perapkan semalaman di dalam bekas bertutup. Jika diperap di luar, hendaklah kurang dari 4 jam. Bahan perap boleh direnjis ke atas ayam tapi pastikan anda memasaknya 10 minit lagi (agar bakteria di dalam bahan perap tidak menyebabkan keracunan makanan). Sajikan dengan perahan jus limau nipis atau limau kasturi untuk lebih menerbitkan aroma.
(Penulisan oleh Celebrity Chef Norzailina Nordin)

Tuesday, May 8, 2007

PUDING KARAMEL


Bagaimana hendak mendapatkan puding karamel (jenis kukus) yang bertekstur halus? Anda mesti memukul telur dengan gula hingga gula larut. Jika tidak, butiran gula akan kelihatan bila puding anda masak. Sebaik-baiknya gunakan telur paling besar atau Gred A. Boleh menggunakan mesin pemutar pada tahap minima atau memukul campuran tadi dengan pemutar belon.

Sesetengah daripada kita mungkin mempunyai masalah utama iaitu membuat gula perang. Jadi, apakah caranya untuk sukar mendapatkan gula perang yang elok warnanya? Gunakan kuali kalis lekat atau non-stick bila membuat gula perang. Kuali berdasar berat atau heavy-based pan juga sesuai. Ini untuk mengelakkan gula hangus terlalu cepat dan baunya tidak harum.

Ada dua cara untuk membuat gula perang. Pertama, jerang gula pasir hingga keperangan, ketepikan dari api kemudian tuangkan air. Kacau atas api perlahan hingga gula hangus tadi larut sepenuhnya.

Satu cara lagi adalah menjerang air dan gula pasir di atas api sederhana. Kacau sekali-sekala hingga gula larut. Kemudian biarkan hingga campuran air gula pekat dan berbuih halus. Waktu ini anda hendaklah perhatikan selalu kerana air gula akan menjadi cair semula. Warnanya akan berubah dari kuning pucat ke perang keemasan. Segera angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau tin berlengser marjerin. Kemudian baru dituangkan campuran telur yang lain.

Kenapa kadang kala bahagian gula hangus terpisah daripada pudingnya? Ini adalah kerana anda tidak terus menuangkan campuran telur ke atasnya. Jika anda menunggu lama, lapisan gula hangus mungkin mengeras. Inilah sebabnya bila anda terbalikkan puding yang sudah masak, lapisan gula hangus melekat di dalam acuan.

Selain susu cair, susu segar atau susu UHT juga boleh digunakan. Sukatan air dan susu sama banyak. Jadi, anda hanya perlu gunakan tin susu yang sama untuk mengisi air. Jika anda inginkan warna puding yang lebih kuning, boleh ditambah sedikit pewarna kuning atau gantikan tepung jagung dengan tepung kastard.

PUDING KARAMEL
6 biji telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila
80 gm gula pasir
100 ml air

Cara membuatnya
1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 22 cm yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.

(Penulisan oleh Celebrity Chef Norzailina Nordin)

Friday, May 4, 2007

RESTORAN PILIHAN TIGER

Oleh Ibrahim Yahaya
(http://duniatiger.blogspot.com)

Restoran atau tempat makan menjadi pilihan saya ialah: 1) Bersih dan ruang makan yang besar2) Ada penghawa dingin atau kipas/ good decoration3) Pekerja bersih, cepat dan bersopan4) Makanannya sedap dan panas5) Banyak pilihan lauk - masak asam pedas, masak lemak, kari ayam6) Ada ikan/daging bakar dengan air asam7) Ada pelbagai ulam - bagus untuk kesihatan8) Ada pelbagai jenis sup/tomyam/ gear box9) Ada dessert yang bagus seperti kuih-muih, bubur atau cekodok10) Menyediakan mi atau bi hun goreng yang sedap11) Waktu pagi ada lontong atau roti jala12) Ada ayam goreng (jika bawa anak)13) Menyediakan western food14) Harga berpatutan dengan makananRestoran pilihan:1) Restoran Azira (Shah Alam)2) Puteri (Brickfields)3) Big Plate (Sungai Buloh)4) Strawberry Fields (Taipan, Subang Jaya)5) Delicious (Bangsar Village - mahal sikit. Tolonglah jual murah sikit)6) Laksa Shack (Bangsar Village)7) Seri Melaka (PJ dan One Utama)8) Thai Corner (PJ dan Taipan)9) Little Penang (Mid Valley dan Curve)10) Dome (BSC)11) Ampang Yong Tau Fu (PJ)12) Chilli's (BSC)13) Victoria Station (Bangsar, PJ, Taipan)14) Secret Recipe (kek sedap - tapi mahal sikit)15) Restoran Muhibbah (TTDI)16) Hatshuhana Jepun (BSC)17) Cable Car (Jaya Cold Storage)18) Melati Putih (Padang Besar, Perlis)19) Thai Restoran (Sungai Buloh)20) Ginger Restoran (Central Market)21) Ada beberapa lagi restoran tomyam di Lembah Klang.22) Restoran Mamak - bukan pilihan tetapi tempat lepak dan jumpa member23) Beberapa restoran fast food, teppanyaki.Food Court and Warong:1) Tesco (Puchong - cendol pulut durian - kow punya)2) Warong ikan bakar (belakang istana negara - panas sikit)3) Warong di Kampung Baru terutama dekat Hotel KL International (warong ini menjadi pilihan kerana menyediakan pelbagai makanan Melayu, tapi keadaannya..... selalu bungkus je)4) Warong Bukit Lanchong, Putra Heights5) Warong Rojak (Lucky Garden)

KAMBING PANGGANG




2 kg kambing (bahagian kaki)
Garam, serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar rosemary cincang
1 sudu besar thyme cincang
1½ sudu besar tepung gandum
450 ml air
1 kiub stok daging
120 ml jus epal/kranberi

Cara membuat
1. Kelar bahagian lemak kambing tetapi jangan sampai ke bahagian dagingnya. Lumur dengan serbuk lada hitam, rosemary dan thyme. Perap selama semalaman di dalam peti sejuk.
2. Letak kambing di atas rak yang diletak di dalam tin pembakar. Panggang pada suhu 200 C selama 20 minit.
3. Turunkan suhu kepada 180 C. Panggang selama 1 jam 20 minit.
4. Keluarkan kambing dari ketuhar, balut dengan foil. Biar 10 minit sebelum dagingnya dihiris nipis.
5. Untuk sos: Buangkan sebahagian lemak dari tin pembakar, tinggalkan 2 camb, letak tin di atas api perlahan. Bubuh tepung dan kacau 1 minit.
6. Tuangkan air, stok dan jus epal, kacau hingga mendidih.
7. Renihkan selama 3 minit kemudian tambah garam dan serbuk lada hitam. Angkat dan tapiskan. Hidangkan dengan hirisan kambing panggang, brokoli celur, tomato dan kentang goreng.
(Penulisan oleh Celebrity Chef Norzailina Nordin)

MULAKAN DENGAN BISMILLAH




Blog ini menyediakan bahan penulisan mengenai makanan. Ini termasuk resipi, petua masakan, bahan yang digunakan dalam masakan dan tempat makan yang menarik untuk dikunjungi. Selamat membaca dan mencuba kepada pengunjung blog ini.